1. Tidak meminum susu
ketika baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW melarang para sahabat daripada
makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan mendapat penyakit. Ini terbukti oleh
saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) dan dalam
makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini
bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions)
yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan
teruk.
2. Tidak meminum susu bersama cuka.
Cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu
dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan
boleh menyebabkan gastrik.
3. Tidak meminum susu bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini
boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.
4. Tidak makan ikan bersama daging, telur atau
daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk
makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom
yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang
berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak.
jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.
5. Sebelum makan makanan berat, makan
buah-buahan terlebih dahulu.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan
nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan
mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan
nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan
makan nasi dalam kuantiti yang banyak.
6. Memakan bijirin seperti Habbatus Sawda,
barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Al-Habbah
Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya
berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah
sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem
pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan
kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata:
Al-Hakam Bin Uyainah berkata:
“Adapun
Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus
Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga,
hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”
7. Memakan roti yang diperbuat daripada
gandum asli.
Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai
perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein,
serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan
merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,

“Aku
melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan
diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah
berkata,
”
Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari
berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan
tamar”.
8. Memakan Buah tamar.
Sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi
Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi
pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,

“Ada
ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk
dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan
kepada kami sedikit daging”.
9. Memakan buah-buahan lain seperti
tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi
meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama
dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air
dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang
mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.
10. Memakan sayur-sayuran dari jenis mentimun
(cucumber).
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan
badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan
radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang
diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon,
ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka
pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik
kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.
11. Mengamalkan memakan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang
bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit.
“Dari
perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya
ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”–
(An-Nahl: 68-69)
12. Perbanyakan meminum air.
Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang
gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam
air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin
mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air.
Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

13. Jangan makan dengan banyak dan
melampau.
Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari
Rasulullah SAW:
نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا
أكلنا لا نشبع
“Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang
hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika
ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu
untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan
selebihnya dengan ruang kosong (udara).
14. Menjamah secubit garam sebelum
makan
Untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil
secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
15. Berdoa sebelum dan selepas makan.
Mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ
وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah
berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih
baik darinya.”
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW
bersabda,
“Sesiapa
yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza,
wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan
dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi).
16. Makan menggunakan tangan kanan tanpa
sudu, garfu ataupun chopstick.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW
bersabda:
“Jangan
engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum
dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari
tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah
jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat
percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).
“Dan
janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati
tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang
mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk
merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan
janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan
tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab
Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang
diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan
untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat
itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya
atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau
pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu
mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
Makan dan minum perlulah dalam keadaan
duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan
sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan
disamping mengatasi kembung dan senak perut.
18. Makan berjemaah.
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya
dan Rasulullah SAW bersabda;
“Wahai
Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah
berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab:
“Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap
makananmu.”
19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan
makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia
akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol
dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan
kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses
metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur
pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

20. Elakkan dari kekenyangan sebelum
tidur.
kerana ia berperangai seperti Firaun di samping
mudah dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan
iblis; Berkata iblis: “Ya ada,
kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat
dan berzikir”.
Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

21. Berpuasa
selama sebulan pada bulan Ramadhan dan
disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang
berkekalan sepanjang hayat.
Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

22.Tidak makan makanan larangan
Islam melarang penganutnya untuk meminum
arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan
tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis,
(darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik
lagi beracun.
Kesimpulan
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.
0 comments:
Post a Comment